Resepi Bendi Udang Goreng Belacan
Resepi Bendi Udang Goreng Belacan
Bahan-bahan:
Secekak kacang bendi - potong ikut suka
Secawan udang segar - bersihkan
*sejemput udang kering - rendam seketika dalam air panas
*5 tangkai cili kering - rendam seketika dalam air panas
*3 biji bawang merah
*3 ulas bawang putih
*sedikit belacan - bakar
2 sudu sos tiram
1 sudu kecil Maggi cukup rasa
sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis
Satukan bahan * dan kisar hingga lumat.
Cara Penyediaan :
Panaskan minyak dan tumis bahan * yang telah dikisar sehingga terbit minyak.
Masukkan udang segar, goreng hingga bertukar warna.
Masukkan sos tiram dan sedikit air supaya tidak kering. Kacau hingga mesra.
Masukkan bendi. Gaul hingga layu.
Akhir sekali masukkan serbuk Maggi cukup rasa.
Gaul seketika dan tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.
Resepi Asparagus Pedas
Resepi Asparagus Pedas
Bahan-bahan:
Cili merah - tumbuk kasar
Cili api - tumbuk kasar
Asparagus
Cendawan
Udang
Serbuk Maggi secukup rasa
Minyak untuk menumis
*Sukatan ikut selera
Cara Penyediaan :
Panaskan minyak, masukkan cili.
Goreng hingga garing.
Masukkan udang.
Goreng sehingga udang berubah warna/masak.
Masukkan asparagus, cendawan dan serbuk secukup rasa.
Kacau rata.
Tutup api dan sedia untuk dihidang.
Resepi Pucuk Paku Goreng
Resepi Pucuk Paku Goreng
Bahan-bahan:
Secekak pucuk paku - potong kecil
*3 biji bawang merah
*3 ulas bawang putih
*6 tangkai cili api (boleh ubah ikut selera pedas)
1 inci kunyit hidup
Sejemput ikan bilis - tumbuk kasar
Sedikit air.
Gula dan garam secukuprasa.
Sedikit minyak untuk menumis.
Satukan bahan * dan tumbuk/kisar hingga lumat.
Cara Penyediaan :
Panaskan minyak.
Tumis bahan * yang telah ditumbuk/kisar sehingga separa garing.
Masukkan ikan bilis.
Goreng hingga garing.
Masukkan pucuk paku dan sedikit air untuk kuah.
Masak hingga layu.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Kacau seketika.
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Resepi Peria Goreng Telur Pecah
Resepi Peria Goreng Telur Pecah
Bahan-bahan:
1 biji peria (hiris ikut suka)
-rendam dalam air garam dalam 10 min. jika tidak mahu pahit
*3 biji bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci kunyit hidup
*6 tangkai cili api (boleh ubah ikut selera pedas)
Satukan bahan * dan kisar/tumbuk hingga lumat.
2 biji telur
1 sudu kecil asam jawa + 1/2 cawan air
100ml santan kotak/ pati santan
Sedikit minyak untuk menumis
Gula dan garam secukup rasa.
Cara Penyediaan :
Panaskan minyak.
Tumis bahan yang telah dikisar hingga separa garing.
Masukkan telur dan kacau cepat-cepat sehingga telur masak hancur.
Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Biarkan seketika hingga mereneh.
Masukkan peria dan santan.
Masak hingga layu dan kering.
Sedia untuk dihidangkan.
Resepi Bayam Brazil Goreng Belacan
Resepi Bayam Brazil Goreng Belacan
Bahan-bahan:
Secekak bayam brazil - ambil daun dan batang lembut
*3 tangkai cili merah
*6 tangkai cili api (tambah atau kurangkan ikut selera pedas)
*3 biji bawang merah
*3 ulas bawang putih
*Sedikit belacan - bakar
Sejemput ikan bilis atau udang kering - tumbuk kasar
1 sudu kecil asam jawa + 1/2 cawan air - bancuh
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Satukan bahan bertanda * dan tumbuk/kisar hingga lumat
Cara Penyediaan :
Panaskan minyak, tumis bahan * yang telah ditumbuk/kisar sehingga separa garing.
Masukkan ikan bilis/udang kering.
Kacau rata biarkan garing.
Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
Kacau dan biarkan mendidih.
Masukkan sayur bayam brazil.
Kacau seketika sehingga sayur berubah sedikit warna.
Tutup api dan sedia untuk di hidangkan.
Resepi Kailan Ikan Masin Ala Thai
Resepi Kailan Ikan Masin Ala Thai
Bahan-bahan:
3 pokok sayur kailan - potong ikut suka
1 inci ikan masin tenggiri - potong kecil-kecil
2 biji bawang merah - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
3 tangkai cili api - dititik
2 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan (nampla)
Sedikit minyak bijan
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air.
Cara Penyediaan :
Panaskan minyak, masukkan ikan masin.
Goreng hingga garing.
Masukkan bawang merah dan bawang putih.
Goreng hingga layu.
Masukkan sos tiram dan nampla.
Kacau rata.
Masukkan sayur kailan dan kacau.
Jika kering masukkan sedikit air.
Goreng sehingga sayur kelitan layu dan masak.
Tutup api dan sedia untuk dihidang.
Resepi Singgang Bendi
Resepi Singgang Bendi
Bahan-bahan:
Secekak bendi - potong ikut suka
4 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
3 hiris lengkuas
3 cawan air
Sekeping asam keping
1 tangkai cili merah - potong kasar
1 biji tomato - belah 8
Gula dan garam secukup rasa
Cara Penyediaan :
Masukkan bawang merah, bawang putih, legkuas dan air di dalam periuk.
Panaskan hingga mendidih.
Masukkan asam keping dan bendi.
Kacau dan biarkan bendi separa masak.
Masukkan cili, tomato, gula dan garam secukup rasa.
Kacau seketika dan tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.
Resepi Terung Goreng Berlado
Resepi Terung Goreng Berlado
Bahan-bahan:
2 batang Terung panjang - belah 2 dan potong ikut suka
10 tangkai Cili api * (tambah atau kurangkan ikut selera pedas)
1 biji Bawang besar*
3 ulas bawang putih*
Segenggam ikan bilis - tumbuk kasar
Garam dan gula secukup rasa
Air
Minyak untuk goreng
Satukan dan kisar kering/tumbuk bahan bertanda *
Cara Penyediaan :
Goreng dahulu terung sehingga berubah warna/ masak.
Angkat dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak, masukkan ikan bilis dan goreng hingga garing.
Masukkan bahan yang telah dikisar/tumbuk, kacau dan biarkan seketika sehingga minyak naik.
Masukkan garam dan gula secukup rasa serta sedikit air untuk elak hangit, kacau dan biarkan
mendidih.
Masukkan terung yang telah digoreng. Kacau rata dan tutup api.
Siap untuk dihidangkan.
Resepi Masak Lemak Putih Petola Versi Kelantan
Resepi Masak Lemak Putih Petola Versi Kelantan
Bahan-bahan:
1 kotak santan (saiz kecil)
Air
1 batang petola - potong ikut suka
1-2 tangkai cili hijau solok
1 tangkai cili merah
1/2 sudu kecil serbuk perisa
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar lada hitam *
2 biji bawang merah *
1 ekor ikan kembung (rebus & ambil isi)*
Satukan bahan bertanda A dan kisar/tumbuk.
Cara Penyediaan :
Masukkan santan ke dalam periuk bersama 1 1/2 kotak air.
Panaskan di atas api sederhana sambil dikacau sehingga hampir mendidih.
Masukkan bahan yang telah dikisar/ditumbuk.
Kacau lagi sehingga mendidih.
Masukkan petola dan kacau sekali sekala sehingga petola lembut.
Masukkan semua cili, srbuk perisa dan garam.
Kacau seketika seminit dua dan tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.
Resepi Sayur Bayam Tumis Udang
Resepi Sayur Bayam Tumis Udang
Bahan-bahan:
1 cekak sayur bayam - ambil daun dan asingkan batang lembut
3 biji bawang merah - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 sudu besar sos tiram
7 ekor udang - bersihkan
Secawan air
1 tangkai cili merah - hiris
garam secukup rasa
2 sudu minyak masak untuk menumis
Cara Penyediaan :
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
Masukkan udang dan sos tiram. Kacau hingga udang separa masak.
Masukkan air, kacau dan biarkan seketika hingga mereneh.
Masukkan batang bayam. Kacau dan masak hingga lembut.
Masukkan daun bayam, cili merah dan garam.
Kacau seketika dan tutup api.
Siap untuk dihidang.
Resepi Cucur Sayur Rangup
Resepi Cucur Sayur Rangup
Bahan A:
1 1/2 Cawan Tepung Gandum
1 sudu kecil baiking powder
1 sudu kecil garam
1 sudu serbuk ikan bilis
1 sudu besar minyak masak
1 biji telur ayam
Satukan kesemua bahan dan gaul rata
Bahan B:
1 cawan sayur kobis bulat - hiris halus
1 cawan lobak merah yang - hiris halus
1 cawan daun sup + daun bawang - dipotong kecil
1 biji bawang besar - hiris halus
1 tangkai cili hijau - dihiris halus
Satukan kesemua bahan kecuali air. Gaul rata.
2 cawan air - anggaran, bergantung pada kepekatan bancuhan
Minyak untuk goreng.
Cara Penyediaan:
Satukan bahan A dan B.
Gaul hingga sebati.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang pekat.
Rehatkan adunan selama 10 hingga ke 15 minit sebelum
digoreng.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Angkat dan tos.
Sedap dimakan rangup begitu sahaja atau dicicah sos cili atau cili kicap.
Resepi Cucur Bawang
Resepi Cucur Bawang
Bahan-bahan:
2 cawan Tepung gandum
1 biji Bawang besar - potong dadu
1 sudu kecil serbuk ikan bilis - bancuh dengan sedikit air
Air secukupnya
Sedikit garam Garam
1 sudu kecil minyak masak
Minyak untuk goreng
Cara penyediaan:
Gaul tepung dan bawang hingga sekata
Masukkan bancuhan air ikan bilis, garam dan minyak. Gaul hingga sebati.
Tambah air sedikit demi sedikit, sehingga adunan cukup likat. Jangan terlebih air.
Panaskan minyak dan menggunakan sudu, ambil adunan dan masukkan dalam kuali.
Tunggu hingga kekuningan, balikkan seketika, angkat dan toskan.
Siap dihidang. Sedap dicicah dengan sos cili thai
Resepi Cucur Nasi
Resepi Cucur Nasi
Bahan-bahan:
2 cawan + 4 sudu tepung gandum
2 cawan nasi
2 cawan air ais
1 biji telur
ikan bilis – ikut suka
daun sup/daun bawang -ikut suka
1 biji bawang besar di hiris halus
garam dan minyak secukupnya
Cara Penyediaan:
Masukkan 2 cawan tepung, nasi, air ais dan telur ke dalam pengisar.
Kisar hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam mangkuk dan tambahkan 4 sudu tepung, gaul sebati.
Perap adunan sebentar anggaran sejam.
Panaskan minyak dan goreng sehingga keemasan.
Angkat dan tos.
Sedap di makan panas-panas bersama pencicah seperti sos cili, sambal, kari atau pun masak lemak cili api.
Resepi Cucur Roti Udang
Resepi Cucur Roti Udang
Bahan-bahan:
Beberapa keping kulit roti yang keras ~ potong kecil-kecil
10 ekor udang - sederhana besar, buang kulit & bersihkan
1 cawan tepung gandum
Air secukupnya
1 labu bawang besar ~ dihiris
1 biji lada merah ~ diracik
1 ikat daun bawang ~ dihiris
1 sudu teh sebuk kari ikan
1 biji telur
secubit garam
Cara penyediaan:
Rendam potongan roti ke dalam sedikit air suam sehingga kembang, kemudian toskan airnya.
Campur roti dengan tepung gandum dan digaul rata.
Masukkan garan dan semua bahan yang telah diracik dan dihiris
Gaul mesra dan tambah air sedikit hingga menjadi adunan cucur.
Panaskan minyak.
Masukkan senduk leper dan direndam dalam minyak panas seketika.
Letakkan sedikit adunan ke dalam senduk dan letakkan udang di atasnya.
Rendam dalam minyak panas hingga tertanggal adunan tadi dari senduk.
Goreng hingga keemasan.
Angkat dan tos.
Sedap dimakan dengan cili sos.
Resepi Cucur Kentang
Resepi Cucur Kentang
Bahan-bahan:
3 biji kentang (dikupas dan diparut)
5 sudu tepung jagung
4 sudu tepung gandum
1 biji telur
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 biji cili merah (dihiris)
3 tangkai daun bawang (dihiris halus)
sedikit lada sulah
garam
minyak masak untuk menggoreng
Cara Penyediaan:
Satukan kentang dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, bawang besar, serbuk lada sulah serta garam. Gaulkan sebati.
Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas supaya kentang tidak menyerap minyak.
Sudukan dalam kuali dan leperkan. Biarkan garing baru terbalikkan sebelah lagi.
Goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan.
Sedia untuk dihidang.
Sedap dimakan dengan sos cili.
Resepi Cucur Roti
Resepi Cucur Roti
Bahan-bahan:
8 keping roti - potong dadu
3 biji telur ayam saiz L
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan serbuk roti
1 genggam ikan bilis saiz kecil
1 pokok daun bawang dipotong kecil
10 batang daun kucai dipotong kecil
1 labu kecil bawang besar dipotong nipis
1/2 keping kiub ikan bilis
Secubit garam
Cili merah dipotong halus jika suka
Minyak untuk mengoreng
Cara Penyediaan:
Masukkan roti, telur, kiub ikan bilis dan garam ke dalam mangkuk dan diramas hingga mesra.
Masukkan daun bawang ,daun kucai,bawang besar dan cili. Gaul hingga mesra.
Masukkan serbuk roti,tambahkan susu sedikit-sedikit sehingga menjadi adunan cucur yang tidak terlalu cair.
Panaskan minyak dan goreng terendam sehinga masak.
Sedap dimakan dengan cili sos.
Resepi Cucur Jagung
Resepi Cucur Jagung
Bahan-bahan:
3 tongkol jagung (sagat/hiris ambil isi)
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
2 labu bawang besar (potong dadu)
Garam secukup rasa
Air
Cara penyediaan:
Satukan tepung gandum, tepung beras dan garam.
Masukkan jagung dan bawang yang didadu.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga adunan kental dan tidak cair.
Panaskan minyak, goreng dalam minyak dengan api yang sederhana.
Angkat dan tos.
Sedap dimakan dengan cili sos.
Resepi Cucur Ikan Bilis
Resepi Cucur Ikan Bilis
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
Segengam ikan bilis - cuci & tumbuk kasar
Secubit garam
1/2 Kiub pati ayam
Beberapa tangkai daun bawang atau kucai - potong kecil
Sebiji bawang besar - potong dadu
2 cawan air panas mendidih
Cara Penyediaan:
Masukkan semua bahan-bahan kecuali air panas ke dalam mangkuk, gaul sebati.
Masukkan air panas sedikit demi sedikit sambil digaul dengan senduk sehingga habis.
Adunan akan menjadi doh yang agak meleket.
Bersihkan tangan, lumur tangan dengan sedikit minyak masak dan bentukkan adunan bulat-bulat mengikut saiz yang dikehendaki sehingga habis.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur sehingga perang keemasan.
Angkat dan tos.
Sedap dimakan dengan cili sos.
Sumber: FB irhana canella
Resepi Cucur Ayam Berempah
Resepi Cucur Ayam Berempah
Bahan-bahan:
1 cawan tepung naik sendiri
¼ cawan dada ayam - dicincang halus
¼ sudu teh jintan manis
¼ sudu teh jintan putih
¼ sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit garam
Air secukupnya
Cara Penyediaan:
Masukkan kesemua bahan kecuali air dalam mangkuk.
Gaul mesra dengan sudu.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil gaul adunan sehingga menjadi kental.
Panaskan minyak di dalam kuali.
Ambil sedikit adunan dan goreng cucur sehingga perang keemasan.
Angkat dan tos.
Sedap dimakan dengan cili sos.
Sumber: Mingguan Wanita
Resepi Cucur Maggi
Resepi Cucur Maggi
Bahan-bahan:
2 bungkus maggi kari
1 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
Bawang besar - potong dadu
Cili merah - hiris nipis
4 tangkai daun sup (potong halus)
4 tangkai daun bawang (potong halus)
Sedikit air
Minyak untuk goreng
Cara penyediaan:
Rebus mee maggi hingga lembut, toskan dan masukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan rencah maggi kari, tepung, telur, bawang, cili, daun sup dan daun bawang.
Gaul hingga mesra.
Panaskan minyak.
Guna jari atau sudu, goreng adunan ikut saiz yang disukai sehingga kuning keemasan.
Buat sehingga adunan habis.
Angkat dan tos.
Sedap dimakan dengan cili sos.
Sumber: Fb noraina said
Resepi Cucur Nasi Jejari Ketam & Udang
Resepi Cucur Nasi Jejari Ketam & Udang
Bahan-bahan :
2 cawan nasi
2 cawan air
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 sudu udang kering (rendam & toskan)
1 cawan udang segar (bersihkan)
2 1/2 cawan tepung gandum
8 batang jejari ketam (crab stick - potong kecil)
1 biji cili merah ~ hiris
beberapa tangkai daun sup dan daun bawang ~ hiris
Sedikit garam
Minyak untuk goreng
Cara penyediaan:
Kisar nasi bersama air, udang kering, bawang putih dan bawang besar sehingga halus. Masukkan ke dalam mangkuk besar.
Masukkan tepung gandum dan gaul sebati.
Masukkan semua cili, daun sup, daun bawang, jejari ketam, udang segar dan garam.
Gaul sebati.
Panaskan minyak.
Guna jari atau sudu, goreng adunan ikut saiz yang disukai sehingga kuning keemasan.
Buat sehingga adunan habis.
Angkat dan tos.
Sedap dimakan dengan cili sos.
Sumber: Fb resepi kuih tradisional & moden
Resepi Cucur Telur Sedap
Resepi Cucur Telur Sedap
Bahan-bahan:
200 gram tepung gandum
25 gram mntega
1 biji telur
Secubit garam
suku cawan air
Cara penyediaan:
Gaul tepung,mentega,telur dan garam sehingga sebati.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh tidak melekat di tangan.
Bahagikan doh kepada 8 bahagian dan bentukkan bulat-bulat.
Sapukan mntega dan rehatkan doh seketika.
.....
Bahan-bahan inti:
2 biji telur
2 biji bawang besar dihiris*
2 biji cili merah dihiris*
Beberapa tangkai daun kucai/daun bawang dipotong kecil*
Sedikit garam
Cara penyediaan inti:
Panaskan kuali, masukkan bahan-bahan bertanda * dan goreng tanpa minyak sehigga layu.
Masukkn garam dan telur. Kacau higga masak.
Tutup api dan biarkan sejuk seketika.
Bahagikan inti kepada 8 bahagian.
....
Leperkan doh membulat, letak inti di tengah-tengah.
Lipat doh menutupi inti. Sapu mentega sekali lagi.
Buat hingga habis.
Panaskan minyak.
Tarik-tarik dan leperkan sedikit setiap doh berinti.
Goreng sehingga garing keemasan.
Resepi Oleh: Fb Raja Zulaida Raja Kamal
Resepi Cucur Manis Versi Stick Viral
Resepi Cucur Manis Versi Stick Viral
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
3 sudu gula
1 sudu minyak masak
1 sudu kecil garam
Minyak untuk goreng
Cara penyediaan:
Didihkan air bersama gula, minyak dan garam.
Masukkan air didih ke dalam tepung gandum.
Gaul dengan sudu sehingga sebati.
Biarkan sejuk seketika.
Bentuk dengan cara gulung diatas dulang panjang.
Kemudian potong ikut panjang yang disukai
Panaskan minyak, goreng dengan api sederhana hingga garing.
Angkat dan toskan minyak.
Ulang sehingga adunan habis.
Sedap dimakan begitu sahaja.
Tips :
Tak perlu basahkan tangan dengan air or minyak sebab adunan tak melekat di tangan.
Guna tepung gandum cap bunga ROS MERAH sebab dah try jenis lain tidak jadi dan adunan jadi lembik.
Sumber: saji.my
Resepi Cucur Udang 3 Bahan
Resepi Cucur Udang 3 Bahan
Bahan-bahan:
1 bungkus tepung Cucur Udang Adabi
1 cawan Udang - bersihkan
2 tangkai Daun Bawang - potong kecil
Cara penyediaan:
Masukkan tepung Cucur Udang Adabi dan daun bawang ke dalam mangkuk.
Masukkan 225ml air ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil digaul dengan sudu sehingga menjadi adunan yang pekat.
Panaskan minyak, rendam senduk seketika di dalam minyak supaya bancuhan tepung tidak melekat.
Senduk adunan dan letakkan seekor di tengah-tengah. Tekan sedikit udang supaya melekat dengan tepung
Rendam senduk berisi adunan tersebut ke dalam minyak panas sehingga adunan keluar sendiri. Goreng dan balikkan sehingga masak keemasan. Angkat dan toskan minyak.
Ulang sehingga adunan habis.
Sedap dimakan bersama sos cili.
Sumber: FB Chinta Eyja
Resepi Cucur Ikan Bilis Viral
Resepi Cucur Ikan Bilis Viral
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas mendidih
Segengam ikan bilis (kisar atau tumbuk halus)
3 tangkai Kucai/daun sup/daun bawang (potong kecil)
1 lobak merah (saiz kecil potong dadu)
1 bawang besar (potong dadu)
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng
Cara penyediaan:
Dalam mangkuk atau bekas yang besar, gaul tepung gandum bersama bawang, ikan bilis, lobak merah, kucai/ daun sup/ daun bawang dan garam.
Setelah digaul rata, buat sedikit ruang kosong di tengah-tengah adunan tepung.
Tuang air panas di ruang tengah sedikit demi sedikit sambil gaul dengan tepung menggunakan sudu/senduk sehingga menjadi doh.
Biarkan doh sejuk sedikit sebelum dibentuk buat-bulat.
Basahkan tapak tangan dengan air bersih supaya doh tidak melekat di tangan. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat-bulat mengikut saiz yang disukai. Buat hingga habis.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga keemasan.
resepi asal: fb alia umaira
Subscribe to:
Comments (Atom)

























