Resepi Peria Goreng Telur Pecah


Resepi Peria Goreng Telur Pecah

Bahan-bahan:

1 biji peria (hiris ikut suka)
-rendam dalam air garam dalam 10 min. jika tidak mahu pahit

*3 biji bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci kunyit hidup
*6 tangkai cili api (boleh ubah ikut selera pedas)
Satukan bahan * dan kisar/tumbuk hingga lumat.

2 biji telur
1 sudu kecil asam jawa + 1/2 cawan air
100ml santan kotak/ pati santan
Sedikit minyak untuk menumis

Gula dan garam secukup rasa.

Cara Penyediaan :

Panaskan minyak.
Tumis bahan yang telah dikisar hingga separa garing.

Masukkan telur dan kacau cepat-cepat sehingga telur masak hancur.

Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Biarkan seketika hingga mereneh.

Masukkan peria dan santan.
Masak hingga layu dan kering.

Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails