Showing posts with label Resepi Ayam percik. Show all posts
Showing posts with label Resepi Ayam percik. Show all posts

Resepi Ayam Percik Mudah

Ayam dan perapan:
  • 2 ketul ayam (dikelar supaya mudah masak)
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam kasar 
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu gula (boleh juga ganti dengan madu)
  • sedikit minyak masak untuk bakar ayam
Gaul ayam dengan semua bahan perapan hingga mesra. Perap selama 10 minit.
Selepas perap, panaskan sedikit minyak dalam kuali leper dan kecilkan api.
Bakar ayam yang telah diperap hingga masak. Balik-balikkan setiap 5 minit supaya masak sekata.
Setelah ayam masak, keluarkan minyak dan terus tuang kuah percik.

Kuah percik:
  • Santan 1 cawan
  • cili kering 5 tangkai - rendam dengan air panas hingga kembang*
  • serai 1 batang *
  • halia sebesar ibu jari *
  • bawang merah 1 biji *
  • bawang putih 2 ulas *
  • garam 1 sudu teh
  • gula 2 sudu
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam kasar 
  • sedikit minyak untuk tumis
Potong dan kisar semua bahan-bahan yang bertanda *.
Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bahan yang telah dikisar. Kecilkan api, masak hingga pekat.
Masukkan santan, kacau dan masak hingga mendidih.
Masukkan garam, gula dan lada hitam. Kacau hingga larut dan tutup api. Tuang terus ke ayam yang telah dibakar.

Resepi Ayam percik 3

Bahan-bahan

1 ekor ayam, dibelah

bahan untuk perapan - ditumbuk/kisar:

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit serbuk jintan manis
sedikit serbuk jintan putih
garam secukup rasa
bahan kuah (percik)
1 biji bawang besar ( kulit kuning)
 5 biji bawang merah
10 tangkai cili kering
1 inci halia
sedikit belacan
1 keping asam keping
4  batang serai - diketuk
santan diambil dr setengah biji kelapa
1 sudu makan tepung beras
secubit serbuk perasa
sepotong gula melaka
garam dan gula secukup rasa


Cara penyediaan:

Ayam dibersihkan. dan dilumurkan dengan bahan perap. perap ayam sekurang-kurangnya utk setengah jam ( lg lama lagi baik)

Untuk membuat kuah percik, kisar bahan bertanda * .

Setelah itu, bahan kisar hendaklah di tumis dengan sedikit minyak hingga garing.
Sesudah garing, blhlah di masukkan santan, ayam yg telah diperap, asam keping, serai, dan semua sekali.

Masak hingga mendidih dan biarkan ayam masak.

Sekatakan rasa masam, masin dan manis. kalau suka blhlah ditambahkan sedikit gula.
Masak hingga kuah pekat.

Bila dah siap, tutup api. asingkan ayam daripada kuah.

Bakar ayam untuk seketika. letakkan sedikit kuah pada ayam waktu membakar. ulangi proses tersebut untuk 2 @ 3 kali. boleh la di hidangkan.

Resepi Ayam percik 2

Bahan-bahan ( 4 org )
Bahan Kisar
10 cili kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
2 btg serai


8 ketul ayam
250 ml santan pekat
2 sudu besar gula
1 sudu besar tepung serbaguna
2 kiub pati ayam

Cara-cara

semua bahan kisar dicampur dgn santan, gula, tepung dan kiub pati ayam.
kemudian, masukkan campuran itu ke dalam mangkuk bersama ayam utk dibakar selama 30 minit @ 210 celcius.

Resepi Ayam percik 1

Bahan-bahan

1 sekor ayam yang dipotong 4
1 1/2 cawan santan pekat
2 biji bawang putih
1 labu bwg besar
2 cm halia
2 batang serai
1 camca kecil ketumbar
1/2 camca kecil jintan putih
1/2 cawan tepung beras
sedikit air asam jawa@asam keping
cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.
masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.
angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2
Related Posts with Thumbnails