Resepi Cucur Manis Versi Stick Viral


Resepi Cucur Manis Versi Stick Viral

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
3 sudu gula
1 sudu minyak masak
1 sudu kecil garam
Minyak untuk goreng

Cara penyediaan:

Didihkan air bersama gula, minyak dan garam.

Masukkan air didih ke dalam tepung gandum.
Gaul dengan sudu sehingga sebati.
Biarkan sejuk seketika.

Bentuk dengan cara gulung diatas dulang panjang.
Kemudian potong ikut panjang yang disukai

Panaskan minyak, goreng dengan api sederhana hingga garing.
Angkat dan toskan minyak.
Ulang sehingga adunan habis.

Sedap dimakan begitu sahaja.

Tips :
Tak perlu basahkan tangan dengan air or minyak sebab adunan tak melekat di tangan.
Guna tepung gandum cap bunga ROS MERAH sebab dah try jenis lain tidak jadi dan adunan jadi lembik.

Sumber: saji.my

No comments:

Related Posts with Thumbnails