Resepi Daging Singgang ala Kelantan
Resepi Daging Singgang ala Kelantan
Bahan-bahan:
500g daging - hiris nipis & rebus
5 labu bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
5 tangkai cili kering - hiris
1 inci halia - hiris
1 inci lengkuas - hiris
2 sudu kecil biji ketumbar - tumbuk
2 keping asam keping
1 sudu budu
Garam secukup rasa
3 cawan air
Cara Penyediaan:
Satukan semua bahan di dalam periuk.
Kacau dan biarkan mereneh hingga daging empuk.
Sedia untuk dihidangkan.
Resepi Mee Jawa
Resepi Mee Jawa
(hidangan 5-6orang)
Bahan-bahan:
Untuk kuah:
*15 tangkai cili kering - rendam dengan air panas hingga lembut
*5 ulas bawang putih
*8 labu bawang merah
*1 inci halia
*sepotong kecil belacan - dibakar
2 cawan keledek oren - rebus dan dilenyek halus
1 cawan udang kering - rendam dalam air panas sehingga kembang kemudian kisar halus
1 cawan udang basah - rebus dan kisar halus
5 cawan air - anggaran sahaja, boleh tambah atau kurangkan ikut kepekatan yang disukai
garam dan gula/gula melaka secukup rasa
Minyak masak untuk menumis (anggaran 4 sudu)
Untuk hidang:
1 kilo mee kuning - dicelur
3 biji telur rebus - belah 2 atau 4
3 keping tauhu - goreng dan potong dadu
2 tangkai cili hijau - hiris
2 tangkai cili merah - hiris
Limau kasturi - belah 2, bilangan ikut selera
Bawang goreng, hirisan daun sup dan daun bawang ikut selera.
Cara Penyediaan.
Satukan bahan bertanda * dan kisar dengan hingga halus.
Panaskan minyak, masukkan bahan * yang telah dikisar.
Tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan keledek, udang kering dan udang basah
Kacau hingga mesra.
Masukkan air, ikut kepekatan yang dikehendaki.
Kacau hingga mesra.
Masukkan garam dan gula/gula melaka secukup rasa.
Kacau dan biarkan mereneh seketika dan tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.
Resepi Puding Karamel Mudah
Bahan-bahan:
Sos Karamel:
3 sudu besar gula pasir
1 cawan (250ml) air panas
Puding:
3 biji telur gred A
1 cawan (250ml) susu pekat manis / krimer manis
1 cawan (250ml) susu sejat (susu cair)/susu uht
1 cawan (250ml) air
1 sudu kecil esen vanila
Cara Penyediaan:
Masukkan gula ke dalam periuk kecil.
Panaskan gula hingga cair sepenuhnya dan bertukar warna kecoklatan.
Kacau menggunakan spatula sambil masukkan air panas sedikit demi sedikit.
Masak sambil kacau hingga tiada lagi ketulan gula.
Tutup api. Tuang sos karamel yang terhasil ke dalam loyang saiz 6" atau bekas tahan panas saiz 1.5l.
Ketepikan.
Panaskan pengukus.
Satukan telur, susu/krimer, air dan esen vanila di dalam mangkuk atau jug.
Kacau campuran tersebut hingga sebati. Jangan kacau laju atau lama untuk elak penghasilan buih.
Tapis adunan masuk ke dalam loyang berisi sos karamel tadi.
Buang buih jika ada.
Tutup loyang/bekas dengan plastik tahan panas/aluminium foil/kain supaya air kukusan tidak masuk ke dalamnya.
Kukus hingga masak anggaran selama 20-30 minit.
Biarkan sejuk sebelum dihidang.
Telangkupkan loyang/bekas untuk dihidang.
Resepi Daging Blackpepper 1
Resepi Daging Blackpaper 1
Bahan-bahan:
500g daging batang pinang - potong nipis
4 ulas bawang putih - cincang
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk kasar
2 tangkai cili merah - hiris kasar
1 labu bawang besar holland
2 sudu kecil tepung jagung -bancuh dengan sedikit air
2 senduk minyak masak
Cara Penyediaan:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng daging separa masak anggaran selama 5 minit.
Angkat dan ketepikan.
Kurangkan minyak, tinggalkan anggaran 1/2 senduk.
Tumis bawang putih hingga separa garing.
Masukkan sos tiram, kicap dan lada hitam.
Kacau sebentar dan masukkan daging.
Besarkan api dan kacau seketika hingga mesra.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan bawang besar.
Kacau hingga pekat.
Masukkan cilimerah. Kacau seketika dan tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.
Resepi Talam Gula Merah
Resepi Talam Gula Merah
Lapisan bawah:
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan gula merah
2 cawan air panas
1 cawan tepung serbaguna
1 sudu tepung ubi atau tepung jagung
Bancuh gula pasir, gula merah dengan air panas didalam jug hingga larut.
Biarkan seketika hingga suam.
Sementera itu, lapik dengan plastik tahan panas atau oles minyak pada loyang saiz 8" atau bekas tahan panas isipadu 1.5l. Ketepikan.
Panaskan pengukus.
Satukan tepung di dalam mangkuk.
Tapis air gula yang telah suam ke dalam tepung.
Kacau hingga bancuhan tidak berketul.
Tapis adunan masuk ke dalam loyang/bekas yang telah disediakan.
Tutup loyang/bekas dengan plastik tahan panas/aluminium foil/kain supaya air kukusan tidak masuk ke dalamnya.
Kukus hingga masak anggaran selama 20-30 minit
Lapisan atas:
1 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 sudu teh garam
Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
Kacau hingga bancuhan tidak berketul.
Keluarkan lapisan bawah yang telah dikukus.
Gunakan garpu/lidi larik-larikkan permukaan kuih supaya lapisan atas elok melekat.
Tapis adunan lapisan atas ke dalam loyang kuih.
Tutup loyang/bekas dengan plastik tahan panas/aluminium foil/kain supaya air kukusan tidak masuk ke dalamnya.
Kukus hingga masak anggaran selama 20-30 minit.
Setelah masak,biarkan sejuk sebelum dipotong.
Potong ikut suka dan sedia untuk dihidangkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)