Resepi Cucur Sayur Rangup
Resepi Cucur Sayur Rangup
Bahan A:
1 1/2 Cawan Tepung Gandum
1 sudu kecil baiking powder
1 sudu kecil garam
1 sudu serbuk ikan bilis
1 sudu besar minyak masak
1 biji telur ayam
Satukan kesemua bahan dan gaul rata
Bahan B:
1 cawan sayur kobis bulat - hiris halus
1 cawan lobak merah yang - hiris halus
1 cawan daun sup + daun bawang - dipotong kecil
1 biji bawang besar - hiris halus
1 tangkai cili hijau - dihiris halus
Satukan kesemua bahan kecuali air. Gaul rata.
2 cawan air - anggaran, bergantung pada kepekatan bancuhan
Minyak untuk goreng.
Cara Penyediaan:
Satukan bahan A dan B.
Gaul hingga sebati.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang pekat.
Rehatkan adunan selama 10 hingga ke 15 minit sebelum
digoreng.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Angkat dan tos.
Sedap dimakan rangup begitu sahaja atau dicicah sos cili atau cili kicap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment