
Bahan-bahan:
4 sudu besar gula
1 bungkus tepung pulut
5 biji telur
½ biji santan kelapa (ambil pati sahaja)
Sedikit bijan
Minyak masak untuk menggoreng
Cara penyediaan:
Tepung bersama gula digaul dengan telur.
Masukkan santan. Uli hingga sebati.
Apabila sudah sederhana lembut, bulat-bulatkan sebesar guli.
Golek-golek atas bijan.
Goreng hingga kekuningan.