Resepi Pai Coklat (istimewa untuk pesakit diabetes)
For English, Click here.
1 cawan gula Equal-Lite
1/2 cawan serbuk coklat masakan
5 susu tepung jagung
3 cawan susu
3 biji kuning telur, dipukul
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh mentega
1 kulit pai (pie crust) 9 inci
Krim putar untuk hiasan, jika suka
Masukkan gula Equal,serbuk coklat dan tepung jagung di dalam mangkuk. Gaul rata dan ketepikan.
Tuang susu ke dalam periuk bersaiz sederhana dan panaskan.
Keluarkan 1/2 cawan susu dan masukkan kuning telur; kacau hingga sebati.
Masukkan campuran coklat tadi ke dalam susu dan kacau berterusan sehingga dipekatkan.
Setelah pekat, tutup api. Masukkan vanila dan marjerin. Kacau sehingga adunan menjadi sebati.
Masukkan adunan ke dalam kulit pai. Lapisi permukaan atas pai dengan krim putar jika suka. Sedia untuk dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
susu tu..guna susu cair or susu pekat??
susu kotak (air kotak).. pakai yg rendah lemak lebih sihat
Post a Comment