Resepi Krim Karamel (bakar)
For English, Click Here.
Bahan-bahan:
1 1/3 cawan gula, dibahagikan
3 cawan susu kotak
1 sudu teh vanila
4 biji telur (saiz besar)
Caranya:
Untuk membuat karamel, masukkan 2/3 cawan gula dalam satu periuk kecil dan basahkan dengan air yang mencukupi untuk mencairkannya(kira-kira 1 sudu besar).
Panaskan di atas api sederhana, goyang periuk sekali sekala. Gula akan mendidih untuk seketika sehingga bertukar warna menjadi keperangan.
Dengan segera, masukkan karamel yang masih panas itu ke dalam 6 acuan/mangkuk kecil.
Dalam periuk lain, panaskan susu bersama 2/3 cawan gula sehingga mendidih.
Masukkan vanila.
Sementara itu, pukul telur sehingga kembang. Masukkan telur ke dalam susu panas perlahan-lahan sehingga habis sambil dikacau untuk mengelakkan berlakunya gumpalan.
Tuang (atau sendukkan) sebatian susu ke dalam acuan karamel tadi.
Masukkan kesemua 6 acuan/mangkuk dalam satu loyang kek. Isi air pada loyang kek kira-kira 2/3 daripada ketinggian acuan/mangkuk.
Panaskan ketuhar pada 300 °C. Masukkan loyang dan bakar selama 40minit/sehingga masak. Air tidak sepatutnya mendidih sepanjang proses pembakaran. Untuk tentukan krim karamel betul-betul masak, cucuk dengan pisau, pastikan tiada bahan terlekat pada pisau.
Setelah masak, sejukkan pada suhu bilik dan tutup dengan plastik/penutup acuan/mangkuk. Masukkan ke dalam peti ais. Sedia untuk dihidangkan bila-bila masa.
Untuk menghidangnya, lorek dengan pisau pada sekeliling diding acuan/mangkuk. Telangkupkannya di atas pinggan hidangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment