- 2 ketul ayam (dikelar supaya mudah masak)
- 1 sudu serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
- 1 sudu garam
- 1 sudu gula (boleh juga ganti dengan madu)
- sedikit minyak masak untuk bakar ayam
Gaul ayam dengan semua bahan perapan hingga mesra. Perap selama 10 minit.
Selepas perap, panaskan sedikit minyak dalam kuali leper dan kecilkan api.
Bakar ayam yang telah diperap hingga masak. Balik-balikkan setiap 5 minit supaya masak sekata.
Setelah ayam masak, keluarkan minyak dan terus tuang kuah percik.
Kuah percik:
- Santan 1 cawan
- cili kering 5 tangkai - rendam dengan air panas hingga kembang*
- serai 1 batang *
- halia sebesar ibu jari *
- bawang merah 1 biji *
- bawang putih 2 ulas *
- garam 1 sudu teh
- gula 2 sudu
- 1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
- sedikit minyak untuk tumis
Potong dan kisar semua bahan-bahan yang bertanda *.
Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bahan yang telah dikisar. Kecilkan api, masak hingga pekat.
Masukkan santan, kacau dan masak hingga mendidih.
Masukkan garam, gula dan lada hitam. Kacau hingga larut dan tutup api. Tuang terus ke ayam yang telah dibakar.
No comments:
Post a Comment