Resepi Ayam Kam Heong
Resepi Ayam Kam Heong
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam -potong kecil
1/2 sudu serbuk kunyit
1 sudu tepung beras
1 biji bawang holland / bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih - dicincang
3 tangkai lada kering - potong kasar
2 tangkai daun kari
2 sudu serbuk kari - bancuh dengan sedikit air
1cawan air
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu kicap manis
Garam
1 tangkai cili merah - dihiris
Minyak masak
Cara penyediaan:
Gaul ayam bersama serbuk kunyit, tepung beras dan sedikit garam sehingga mesra.
Panaskan minyak masak, goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Guna kuali yang sama, keluarkan minyak goreng. Tinggalkan sedikit anggaran 3 sudu untuk menumis. Panaskan minyak, masukkan bawang holland, bawang putih, lada kering dan daun kari.
Tumis hingga bawang layu.
Masukkan serbuk kari. Tumis hingga garing/kering.
Masukkan air, sos tiram, sos cili, kicap manis dan sedikit garam.
Gaul mesra. Dan biarkan mereneh.
Masukkan ayam yang telah digoreng dan hirisan cili merah. Gaul mesra.
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment