Resepi Daging Bulgogi

Resepi Daging Bulgogi

Bahan-bahan:

350g Daging
2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap maanis
2 sudu besar gula
1 sudu besar madu
1/2 sudu besar minyak bijan
3 ulas bawang putih - cincang halus
1 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar
1/2 sudu kecil serbuk perisa (jika suka)
1 sudu bijan - goreng tanpa minyak
1 pokok daun bawang - potong halus

Cara Penyediaan:

Satukan semua bahan kecuali daun bawang dan bijan.
Gaul mesra dan perap selama sejam atau lebih.

Panaskan kuali, masukkan bahan yang telah diperap.
Masak sambil sesekali dibalik-balikkan sehingga daging 

masak empuk dan mengering.

Siap. Tabur bijan dan daun bawang semasa dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails