Resepi Kerepek Jejari Ketam (crab stick)
Resepi Kerepek Jejari Ketam (crab stick)
Bahan-bahan:
500 gram jejari ketam (crab stick)
1 Sudu kecil serbuk cukup rasa
1/2 Sudu kecil serbuk lada putih
1/2 Sudu kecil serbuk kari
3 Tangkai daun kari
Minyak untuk goreng
Cara Penyediaan:
Rendam crab stick dalam air sehingga suhu bilik.
Tos dan leraikan mengikut urat.
Masukkan ke dalam mangkuk bersama semua bahan lain kecuali minyak goreng.
Gaulkan semua hingga sebati.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga keemasan.
Angkat dan toskan minyak.
Biarkan seketika hingga suhu bilik dan simpan dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment