Resipi Kek Span Gebu Ogura (cotton cake)


Resipi Kek Span Gebu Ogura (cotton cake)

 

 Bahan-bahan:

1) 4 biji telur - asingkan putih dan kuning
2) 1/3 cawan gula
3) 1/2 cawan + 3 sudu makan tepung kek
4) 1/4 cawan minyak
5) 1/3 cawan jus oren
6) 1/2 sudu teh garam

*Saiz loyang bulat 7"

Cara penyediaan:

Panaskan oven (api atas bawah).

Kacau kuning telur menggunakan pemukul kek (whisk) sehingga semuanya bersatu.
Masukkan jus oren, kacau hingga mesra.
Masukkan minyak, kacau hingga mesra.
Masukkan garam, kacau hingga mesra.
Tapis adunan supaya menjadi halus tanpa ketulan.
Ketepikan.



Pukul telur putih dengan mesin pengadun pada kelajuan tinggi sehingga berbuih.
Masukkan gula berperingkat.
Peringkat pertama masukkan 1/3 bahagian gula dan putar sehingga menjadi meringue yang putih.
Masukkan lagi 1/3 bahagian gula dan putar sehingga meringue menjadi lebih kental.
Masukkan akhir 1/3 bahagian gula dan putar sehingga meringue menjadi lebih kental dan padu.
Ketepikan.


Ambil adunan telur kuning tadi, masukkan 1/3 adunan meringue.
Gaul perlahan-lahan menggunakan whisk sehingga mesra.
Masukkan lagi 1/3 adunan meringue, gaul hingga mesra.
Masukkan baki adunan meringue, gaul hingga mesra.
Jangan terlebih gaul, akan menyebabkan kek tidak naik.



Griskan loyang kek size 7" dan lapikkan dengan kertas pembakar (baking paper).
Tuang adunan ke dalam loyang.
Ratakan bahagian atas adunan hingga nampak licin.
Ketuk dan goncang loyang beberapa kali untuk keluarkan udara yang terperangkap.


Bakar secara waterbath.
Masukkan loyang adunan kek ke dalam loyang kosong yang lebih lebar.
Tuang air panas ke dalam loyang kosong sehingga tinggi anggaran 1cm.



Masukkan ke dalam oven yang telah panas.
Selepas 30 minit, letak kain di anatara pintu oven dan turunkan suhu ke 130c.
Teruskan bakar lagi selama 30 minit.


Keluarkan darpada oven.
Tidak perlu biarkan sejuk sepenuhnya. Kek ogura sedap dimakan suam-suam.


Nota:
- Jus oren digunakan untuk menghilangkan hanyir telur.
- Pastikan semua peralatan bersih dan kering supaya adunan tidak bercampur dengan air.
- Masukkan putih telur ke dalam peti ais seketika sebelum dipukul untuk mendapatkan meringue yang padu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails