Resepi Donut Pandan



Bahan-bahan:

Bahan A :
1 paket yis kering (11g)
2 sudu susu pekat manis
2 sudu gula pasir
1 cawan air suam/+air pandan.. 

Bahan B :
4 cawan tepung gandum
2 sudu (b) marjerin/butter
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

Minyak masak untuk goreng terendam.
Gula kastor (atau apa-apa bahan lain untuk salutan)


Cara Penyediaan:

Campurkan kesemua bahan A dan biarkan kembang seketika.

Satukan kesemua bahan B dan ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan bahan 1 tadi dan gaul menjadi doh, pindahkan ke dalam bekas tertutup dan biarkan selama 1 jam.
Adunan memang lembik ,tidak perlu tambah tepung.

Selepas 1 jam, tumbuk2 doh untuk keluarkan angin, kemudian canai dan terap menggunakan cetak donut.
Biarkan selama anggaran 15 minit, kemudian goreng secara terendam dalam minyak panas.

Setelah masak, toskan minyak dan biarkan sedikit sejuk. Salut dengan gula kastor atau apa-apa bahan salutan lain seperti coklat, mentega kacang dan jem.
.
Kredit Resepi kepada - Hajah Zainab Bt Mawan

No comments:

Related Posts with Thumbnails