Resepi Pajeri Terung



Resepi Pajeri Terung:

Bahan-bahan:
  • 5 biji terung panjang (belah 2 tanpa putus)
  • 50 gram rempah kari daging (bersamaan 2 bungkus kecil serbuk kari Baba's)
  • 1 bungkus kecil kerisik (anggaran 2-3 sudu)
  • 100gram santan kotak + 100ml air (kacau mesra)
  • 2 sudu teh garam / secukup rasa
  • 3 sudu gula / secukup rasa
  • air secukupnya
  • sedikit minyak masak untuk menumis (anggaran 50-100ml)
Bahan kisar (kisar hingga halus):
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • segenggam udang kering
Cara Penyediaan:

Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau wangi.
Kecilkan api, masukkan rempah kari (tak perlu bancuh) dan kacau laju-laju. Masukkan sedikit santan sambil dikacau untuk elak rempah menjadi hangit. Masak hingga mesra.
Masukkan baki santan, kerisik, garam dan gula. Kacau lagi hingga mesra.
Masukkan terung dan air sehingga terung tenggelam. Kacau hingga mesra dan biarkan hingga terung empuk.
Tambah air sedikit demi sedikit jika terung belum empuk.
Masak hingga terbit minyak.
Siap untuk santapan.

Rujukan resepi asal dari sini.

No comments:

Related Posts with Thumbnails