Bahan-bahan:
1 kg tepung beras
1.5 liter air
100 gram kelapa parut
100 gram gula merah
Sedikit pewarna kuning
Sedikit pewarna hijau
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
Didihkan air. Masukkan tepung beras. Gaul sehingga sebati.
Bahagikan kepada 3 bahagian. Masukkan pewarna kuning pada 1 bahagian, pewarna kuning pada 1 bahagian dan biarkan biasa pada satu bahagian lagi.
Perapkan adunan selama 4 jam.
Panaskan pengukus.
Masukkan adunan tepung beras ke dalam acuan. Tekan ke dalam pengukus. Kukus selam 5 minit.
Setelah masak, hidangkan bersama gula merah dan kelapa yang digaul dengan garam.
No comments:
Post a Comment