Resepi Biskut Biji Poppy
Bahan A
160 gram mentega
100 gram gula halus
20 gram Crisco
1 biji kuning telur
½ sudu kecil emulco
Bahan B
200 gram tepung gandum (ayak)
40 gram tepung jagung (ayak)
30 gram tepung kastard (ayak)
80 gram kacang tanah (kisar)
1 sudu besar biji poppy
Bahan Hiasan
Kuning telur
Biji poppy
Coklat urai warna warni
Penyediaan
Putar bahan A hingga sebati. Masukkan bahan-bahan B dan gaul rata.
Rehatkan adunan selama 20 minit. Canai dan terap dengan acuan pilihan.
Hiaskan di atasnya dengan kuning telur, biji poppy dan coklat urai warna-warni.
Bakar hingga masak.
Nota: tujuan adunan direhatkan selama 20 minit untuk mendapatkan biskut lebih rangup dan tahan lebih lama selepas dimasak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment