Bahan:200 g tahu putih
1/2 sdm minyak masak
1 ulas bawang putih, parut > gaul
1 sdm sos BBQ > bersama
1 sdt kicap manis > hingga
1/2 sdt serbuk lada sulah > sebati
Sayuran:1 sdm minyak masak
1 ulas bawang putih, cincang
2 batang daun bawang, potong 2 cm
100 g taugeh kasar, bersihkan
1 sdm sos tiram
1/2 sdt serbuk lada sulah
1 sdt garam
Cara membuat:Gaul rata tahu bersama bahan sos yang telah digaul rata. Perap selama 30 menit. Toskan dan ketepikan sos perapan tadi.
Panaskan kuali, ratakan minyak, masak tahu hingga kering kedua belah sisinya.
Angkat, potong dadu dan ketepikan.
Tumis bawang putih hingga harum.
Masukkan daun bawang dan tauge, kacau hingga layu.
Masukkan sos perapan tadi, kacau rata.
Masukkan tahu, kacau hingga rata. Angkat dab sajikan.
No comments:
Post a Comment