Untuk 12 potong.
Bahan:
12 potong roti tawar, buang kulitnya
150 gr bijan-
minyak untuk menggoreng
Isi:
2 sdm minyak masak
4 ulas bawang putih, cincang halus
300 gr udang basah, cincang
75 gr lobak merah, potong dadu kecil
1/2 sdt serbuk lada sulah
1/2 sdt garam
2 sdt sos tiram
1 sdm kicap masin
2 btg daun bawang, hiris nipis
1 biji telur
100 ml susu cair
Bahan Pencelup:
1 biji telur
1 sdm tepung jagung
2 sdm air
Cara membuat:
1. Panaskan minyak 2 sdm minyak masak, tumis bawang putih dan daun bawang sehingga wangi. Masukkan semua bahan isi kecuali susu cair.
2. Sapu permukaan roti dengan susu cair, sapu rata adunan isi pada permukaan roti, gulung roti hingga mampat.
3. Satukan dan gaul rata kesemua bahan pencelup. Lumuri gulungan roti dengan bahan pencelup hingga rata, gulingkan pada bijan, tekan-tekan agar bijan melekat.
4. Goreng dalam minyak banyak sehingga keemasan, toskan dan potong untuk disajikan.
No comments:
Post a Comment