Resepi Nasi Briani Sayur


Bahan-bahan:

4 cawan beras basmati - basuh dan toskan
1/2 cawan susu cair
1 tongkol jagung - ambil isi saja
4 cawan air
1 batang lobak merah - disagat/parut
1/2 cawan kacang peas
1 cawan cili benggala merah dan kuning - dipotong dadu
1/2 cawan kismis


Bahan tumis:

1 inci kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 biji bawang besar - mayang halus
3 ulas bawang putih - cincangkan
2 cm halia - mayang halus
1 sudu makan rempah kurma - bancuh dengan sedikit air
1 helai daun pandan
3 sudu makan minyak masak
3 sudu makan minyak sapi


Bahan untuk hiasan:

Hirisan telur dadar
bawang goreng
hirisan daun bawang


Cara penyediaan:

Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk nasi elektrik di atas api dapur. Tumiskan bahan tumis sehingga naik bau.

Masukkan air, garam dan susu cair. Bila mendidih, masukkan beras dan semua bahan sayuran. Kacau rata dan tutup api.

Pindahkan periuk kedalam periuk elektrik dan masak seperti amsak nasi biasa. Bila hampir kering, gemburkan dan biarkan masak hingga kering.

Hidangankan dalam pinggan hidangan dan taburkan bahan hiasan.

Lebih lengkap dimakan dengan ayam masak merah dan daun salad.

No comments:

Related Posts with Thumbnails