Resepi Kek Batik Marie

1/3 drp mentega 250 gram
1/2 cawan serbuk cocoa
1 tin susu pekat
3/4 paket biskut marie
1/2 cawan kacang tanah (yg dah dibakar & diblend kasar)

Taburkan separuh drp kacang tanah ke dalam loyang.
Cairkan mentega dlm periuk, bila dah betul2 cair masukkan serbuk koko & kacau.
Masukkan 1 tin susu pekat & kacau sampai nampak likat. setelah mendidih tutupkan api.
Terus masukkan biskut marie. Kacau sehingga biskut rata disalut coklat.
Setelah gaul rata, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah ditabur kacang tanah tadi.
Ratakan permukaan adunan itu.
Taburkan baki kacang tanah di atas adunan tadi.
Sejukkan ke dalam peti sejuk.

nota : kacang tanah boleh digantikan dengan nestum/ cornflake yang dihancurkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails