Bahan-Bahan:
2 sudu udang kering - cuci bersih
1 inci belacan
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
6 batang cili hidup - jika ingin pedas, tambahkan lagi cili
1 inci halia
- goreng semua bahan di atas dengan minyak dan ditumbuk hancur
1 ekor ikan cencaru sederhana besar - cuci bersih dan dibelah perutnya
minyak zaitun
daun pisang
Cara:
1. campurkan 1 sudu teh minyak zaitun ke dalam bahan tumbuk tadi.
2. masukkan bahan tumbuk ke dalam perut ikan cencaru dan lumur sedikit di kulit ikan.
3. letakkan ikan tadi di atas daun pisang dan siramkan 1 sudu minyak zaitun ke atas ikan tadi, barulah dibalut/ bungkuskan daun pisang
4. Bakar atas kuali, dan letakkan sedikit minyak semasa bakar untuk elakkan daun dari cepat terbakar
5. balik-balikkan sehingga ikan masak.
Cadangan Hidangan:
boleh dengan air asam atau hanya perahkan asam limau ke atas ikan sebelum dimakan
No comments:
Post a Comment