Resepi Kek Coklat Kukus Super Moist

Bahan A

1 cawan butter
1 cawan koko
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair

Bahan B

1 cawan tepung naik sendiri (tepung kek)
1 penutup esen vanilla
4 biji telur

Cara-Cara:

1. Panaskan Bahan A dalam periuk, kacau hingga sebati, ketepikan (biar sejuk sedikit).
2. Pukul telur hingga kembang.
3. Masukkan esen vanilla.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
5. Setelah coklat agak suam, masukkan Bahan B yang telah siap ke dalam coklat tadi dan kacau hingga sebati.
6. Masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit.
7. Kek coklat sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails