Resepi Udang panggang bersama sos lemon


Bahan-bahan:
  1. 500 grams - udang saiz besar , bersihkan
  2. Garam secukup rasa
  3. 10 ulas bawang putih, cincang
  4. 4 sudu makan jus lemon
  5. 2 sudu makan minyak masak
  6. lidi satay secukupnya
  7. 1 biji bawang besar, cincang
  8. 2 tangkai cili merah, hiris
  9. 1 sudu teh kicap
  10. beberapa helai daun salad
Cara penyediaan:
1. Masukkan udang di dalam mangkuk. Masukkan garam, bawang putih, 1 sudu jus lemon dan minyak. Gaul rata.

2. Cucuk udang pada lidi satay. Panggang bahagian demi bahagian sehingga masak. Sapukan sedikit minyak semasa memanggang.

3. Untuk sos, masukkan semua bahan yang tinggal ke dalam mangkuk. Gaul hingga mesra.

Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan panas-panas.
Selamat mencuba

No comments:

Related Posts with Thumbnails