Resepi koci sagu rumbia


Bahan-bahan:

2 cawan sagu rumbia
250 gram gula merah
150 gram kelapa parut
Garam secukup rasa
Daun pisang untuk membalut
1 sudu kecil jus pandan

Cara penyediaan:

Sagu dibersihkan dan direndam selama 2 jam.
Masukkan jus pandan, kelapa parut dan garam. Gaul sehingga rata.
Kelongsongkan daun pisang. Masukkan 1 sudu campuran sagu, sedikit gula merah dan tutupkan dengan campuran sagu.
Lipat kelongsong. Buat lagi sehingga habis.
Kukus sehingga masak lebih kurang selama 10 minit.

No comments:

Related Posts with Thumbnails