Resepi Biskut Pinky Cocoa Crunch
Bahan A
325 gram mentega
80 gram gula halus
2 biji kuning telur
1 ½ sudu kecil coklat emulco
Bahan B (ayak)
350 gram tepung gandum
¼ sudu kecil serbuk penaik
40 gram tepung kentang
40 gram tepung jagung
2 sudu besar susu tepung
Bahan C
100 gram cocoa crunh (kisar halus)
25 gram kacang tanah (kisar halus)
100 gram coklat urai (chocolate rice)
25 gram kismis hitam (kisar halus)
25 gram kurma (kisar halus)
25 gram walnut(kisar halus)
Bahan hiasan
Kuning telur
Pink coklat chip
Coklat strawberi
Penyediaan
Putarkan bahan A sehingga sebati
Ayak bahan B dan campur dengan bahan C. Gaul rata.
Masukkan campuran bahan B dan C ke dalam adunan bahan A. Gaul sebati.
Rehatkan doh selama 20 minit.
Canai, terap dan sapukan permukaan atasnya dengan kuning telur.
Bakar sehingga masak dan sejukkan.
Hiaskan dengan coklat strawberi dan pink coklat chip.
Nota: Selepas membancuh adunan biskut, jika doh masih lembut hendaklah masukkan sedikit tepung. Sekiranya keras, tambahkan sedikit mentega. Uli menggunakan tangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment