Bahan-Bahan
300 g Daging ayam - dicincang
1 sudu makan Lada kisar
1 ½ sudu makan Sos tiram
2 sudu makan Kicap manis cair
2 sudu teh Serbuk pati ayam
1 sudu teh Gula
7 ulas Bawang merah kecil (dihiris)
3 ulas Bawang putih (diparut)
1 cm Halia (diparut)
½ labu Lada bulat hijau (dipotong dadu)
2 Biji Buah tomato (dipotong dadu)
6 keping Cendawan shiitake segar dihiris
7 batang Sayur sawi
Sedikit garam.
Cara Cara
1. Panaskan minyak, tumiskan lada kisar, bawang putih, halia dan bawang merah sehingga wangi.
2. Masukkan daging dan biarkan hingga daging setengah masak lalu masukkan cendawan, biarkan sebentar kemudian masukkan lada bulat dan gaulkan sehingga sebati.
3. Masukkan bahan bahan perasa, buah tomato dan sayur sawi, gaul lagi hingga sebati.
Sedia untuk dihidang bersama daun salad.
No comments:
Post a Comment