Bahan-bahannya :
1 ekor ayam (sederhana) yang tidak dipotong
5 ulas bawang merah )
3 ulas bawang putih ) dihiris dan dikisarkan
2 batang serai ) dalam blender
1/2 inci halia )
1/2 sudu kecil lada putih (pepper)
3-4 sudu besar sos tiram
1-2 sudu besar madu
1-2 sudu kicap (saperti kicap Kipas Udang ke)
1-2 sudu minyak bijan (optional) ada yg tidak suka baunya
Cara membuatnya :
1. Ayam dibersihkan dengan limau untuk membuang rasa hanyirnya. Ayam dibelah dibahagian belakangnya dari lehernya hingga bawah (putus). Kepakkan ayam hingga ia boleh diletakkan flat saperti didalam pinggan/pembakar. Jikalau tak berkenan dengan ayam seekor yang bulat, boleh juga di potong-potong.
2. Bahan-bahan yang dikisarkan tadi digaul dengan lada putih, sos tiram, madu dan kicap.
3. Selepas itu, bahan-bahan ini digaulkan dengan ayam tadi. Marinade atau perapnya at least 30 minit. Kalau boleh diperapkan semalaman, lagi best.
4. Bakar ayam tadi diketuhar dengan 230 selama 30 minit. 15 minit pertama diterbalikkan ayam tadi supaya api membakar dengan rata.
5. Apabila sudah masak, akan terdapat dengan sendirinya sos/kuah dari extract ayam tadi.
No comments:
Post a Comment