Bahan-Bahan
1 ekor Ayam (dibuang kulit dan dipotong)
15 tangkai Cili kering
20 tangkai Daun kari (diambil daun sahaja)
1 sudu makan Kunyit serbuk
3 biji Bawang besar (dipotong bulat)
3 biji Cili hijau
3 biji Cili merah
1 cawan Santan atau susu cair
Sedikit garam dan serbuk perasa
Minyak jagung untuk menumis.
Cara Cara
1. Lada kering, daun kari dan serbuk kunyit dikisar halus.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi hingga kering. Masukkan ayam, garam dan sebuk perasa lalu dikacau rata. Langsung masukkan santan dan sedikit air dan dikacau rata.
3. Apabila ayam sudah masak dan kering, masukkan cili merah, cili hijau dan bawang besar yang dipotong bulat.
4. Kemudian kacau dan masak lebih kurang 5 atau 6 minit. Lalu bolehlah dihidang.
No comments:
Post a Comment