Resepi Stew Ayam Bercendawan

1 ekor ayam dipotong 16
½ cawan cendawan butang dibelah 2
½ cawan cendawan hitan kering dibelah 2
1 cawan cendawan putih di racik
1 batang lobak merah dipotong serong
2 biji kentang dibelah 6
3 biji bawang besar dibelah 4
1 cm halia dititik
sedikit kulit kayu manis dan bunga lawang


1. Panaskan minyak sedikit, tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang serta halia.
2. Masukkan ayam. masukkan sedikit air. biar 5 ke 10 minit.
3. Masukkan Lobak, kentang. biarkan seketika.
4. Masukkan cendawan, bawang, sos tiram dan bahan perasa.
5. tutup periuk dan biarkan hingga ayam masak.

Taburkan cili merah yang dihiris.

No comments:

Related Posts with Thumbnails