Resepi Soto Ayam
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - di potong kecil
3 biji bawang besar - belah 4
5 ulas bawang putih - diketuk
2 inci halia - dihiris
2 bungkus sub bunjut
sedikit kayu bahan penumis (bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis)
garam, serbuk perisa dan sedikit gula secukup rasa
Cara memasak:
Satukan kesemua bahan kecuali perasa dalam periuk dan direbus. Bila ayam empuk, masukkan garam, serbuk perisa dan sedikit gula mengikut citarasa sendiri.
Bahan untuk bawang
10 biji bawang merah - dihiris
2 sudu makan minyak masak
Cara memasak:
Bawang perlu digoreng dengan minyak yang belum digunakan. Panaskan minyak dan goreng bawang sehingga kekuningan. Masukkan terus ke dalam periuk sup ayam tadi, kacau dan tutup.
Bahan taburan
Sedikit Daun sup dan daun Bawang - Dihiris dan mditabur pada sup sebelum dihidangkan.
Bahan Sambal kicap
20 biji cili api
2 biji limau kasturi/ 1 biji limau nipis
2 ulas bawang putih kicap
sedikit gula
Tumbuk cili bersama bawang putih hingga lumat. Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau.
Sedia untuk dihidangkan .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment