Resepi Nasi Tomato
Bahan-Bahan:
5 cawan beras - cuci dan toskan
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2s/b majerin /minyak sapi
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan)
daun pandan disimpul atau daun sup cincang
Cara penyediaan:
Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan merjerin hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk nasi elektrik.
Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
Masukkan beras dan daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam periuk nasi dan biarkan masak.
Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur.
Boleh dihidangkan bersama lauk ayam masak merah, dalca dan acar timun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment