Resepi Nasi Lobak Merah

Bahan
6 caw beras basmati....basuh dan toskan
2 caw carrot [potong dadu kecil]
1 caw susu cair
8 caw air
2 kiub ayam
5 ulas bawang merah.]
3 ulas bawang putih ] mayang halus
2 cm halia ]
2 s/b rempah beriani
2 biji buah tomato.....potong dadu
3 s/b minyak sapi
2 cm kulit kayu manis ]
2 kuntum bungka lawang ]
5 biji bunga cengkih ] bahan tumis
3 biji buah pelaga ]
1 tangkai daun ketumbar.....mayang
daun pandan........simpulkan
garam
gula

Cara...
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah beriani. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam , tomato dan susu cair. Biarkan mendidih.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Bila telah masak boleh dihidangkan bersama Ayam Masak Merah, Kari Daging dan Acar Timun.

No comments:

Related Posts with Thumbnails