Resepi Ayam Makua

1 ekor ayam
5 biji cili merah
5 sudu besar cili kering
5 ulas Bawang putih
3 ulas Bawang merah
sedikit Halia
2 biji Bawang besar - belah 4
3 sudu Kicap manis
5 sudu kicap soya
3 sudu minyak masak
3 atau 4 cawan air
sedikit air asam jawa
garam, gula dan perasa secukupnya

Bersihkan ayam, potong sederhana besar. Kisar halus bawang putih, bawang merah, halia, cili kering dan cili merah. Bubuh ayam dalam periuk dan masukkan kesemua bahan bersama air, kemudian didihkan hingga kuah menjadi pekat.
Taburkan bawang goreng untuk hiasan
sekiranya ingin pedas, bolehlah ditambahkan cili padi dan lada hitam dalam masakan

No comments:

Related Posts with Thumbnails