Resepi Ayam Madu Goreng Ala Nasi Ayam

Bahan Utama :
Seekor ayam (dipotong 8)
2 kiub pati ayam


Bahan A :

Halia (sebesar ibujari)
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
Bahan B :

3 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak bijan

Tumbuk atau giling bahan A. Kemudian tumiskan bahan A tadi sehingga naik bau dan rebus ayam. jangan lupa masukkan kiub pati ayam.

Setelah ayam siap direbus. Angkat dan toskan airnya.

Campurkan kesemua bahan B sehingga sebati. Kemudian perapkan ayam yang telah direbus bersama sama bahan B. Perap selama 1-2 jam.

Selepas diperap, panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga garing.
Amat sesuai dimakan semasa buka puasa bersama sama nasi panas. Air rebusan ayam tu olehlah dibuat sup. Kalau nak pedas sikit letakkan sili padi dam air rebusan itu.

kalau tak nak direbus ayam pun boleh... boleh terus digoreng selepas diperap... tapi gunakan api yang kecil sedikit kerana, ayam tu mungkin akan hangit sikit sebab ada madu. Anyway... dua dua cara tetap sedap.... Cuba jangan tak cuba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails