Resepi Ayam Masak Lomak Cili Api


Bahan-bahan:

  1. 1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar))
  2. 30 ulas cili api/padi (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit)
  3. 1 inci kunyit hidup
  4. 2-3 batang serai (dititik)
  5. santan (dr sebiji kelapa)
  6. 2-3 ulas bawang putih & merah (utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)

Cara memasak:
  • Tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang putih & merah selumat2nya..
  • Bahan (1) tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali beserta serai yang dititik
  • Kecutkan ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra hingga kering airnya
  • Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak
  • Perisakan dgn garam (serbuk perasa tak perlu..nanti tak pure)
  • Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu bolehLAH ditutup apinya..

Nota: Kalau suka kentang, boleh masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia cepat empuk.

No comments:

Related Posts with Thumbnails