Resepi Sambal Gesek Mudah n Sedap



Resepi sambal gesek yang sedap dan mudah:

Bahan-bahan:

15 biji cili padi merah
10 biji cili padi hijau
2 biji cili merah besar
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci belacan (dibakar)
1 biji limau kasturi (ambil jusnya)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Cara-cara:

Sediakan Bahan:

Bersihkan semua cili padi, cili merah besar, bawang putih, dan bawang merah. Potong kecil-kecil untuk memudahkan proses menumbuk.
Tumbuk Bahan:

Gunakan lesung batu untuk menumbuk cili padi merah, cili padi hijau, cili merah besar, bawang putih, bawang merah, dan belacan yang telah dibakar. Tumbuk sehingga lumat dan sebati.
Panaskan Minyak:

Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
Tumis Sambal:

Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam kuali dan tumis sehingga pecah minyak dan naik bau.
Perasakan Sambal:

Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata dan biarkan sambal masak sebentar.
Tambahkan Jus Limau:

Setelah sambal masak, matikan api dan perahkan jus limau kasturi ke dalam sambal. Gaul rata.
Hidangkan:

Sambal gesek siap untuk dihidangkan. Ia sesuai dimakan bersama nasi panas, ikan bakar, atau apa sahaja hidangan kegemaran anda.

Selamat mencuba!

RESEPI TAUHU KUKUS SOS TIRAM



 RESEPI TAUHU KUKUS SOS TIRAM


Bahan-bahan :

1 keping tofu lembut dlm bekas (dikukus selama 5-7 minit)

1-2 sudu makan sos tiram

1 sudu makan kicap manis

2 ulas bawang putih (dicincang)

1/4 kiub ayam

sedikit minyak masak

sedikit daun bawang

Sedikit udang basah(di cincang kecil)

sedikit air + 1 sudu (k) tepung jagung

Minyak utk menumis.


Cara-cara :

Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih hingga terbit bau.

Kemudian masukkan sos tiram, kicap manis, kiub ayam dan sedikit air + tpg jgung. Kacau sebati.masukkan udang.

Setelah masak, angkat dan siramkan ke atas tauhu yang sudah dikukus tadi. Taburkan daun bawang.bwg goreng,cili hiris.hidangkan panas2.


Airtangan dan gambar: Eniza M. Salim

RESIPI NASI LEMAK SAMBAL SOTONG



RESIPI NASI LEMAK SAMBAL SOTONG

BAHAN-BAHAN NASI LEMAK:4 cawan beras
4 cawan air
1 cawan santan pekat
1 batang serai besar-dititk
3 cm halia di potong nipis
2 ulas bawang merah dipotong kecil
10 biji lada hitam
3 helai daun pandan- disimpul & ikat
½ sudu kecil garam / secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis. Basuh beras yang diletak dalam periuk nasi dan masukkan air serta santan, masukkan serai, halia, biji lada hitam, bawang merah dan daun pandan serta garam. Kacau bagi mesra semua bahan dan masak nasi seperti biasa guna periuk letrik.
BAHAN-BAHAN SAMBAL SOTONG:
1 kilo sotong
2 biji bawang besar dipotong nipis-nipis
3 sudu besar gula boleh ditambah atau kurang
Garam dan air asam jawa secukup rasa Minyak masak untuk menumis
BAHAN DIKISAR HALUS:
10 tangkai cili kering - tambah kalau mahu lebih pedas
5 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan-dibakar/grill

CARA MEMASAK:

1) Sotong di bersihkan dan dipotong kemudian ditos dan ketepikan dulu.

 2)Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau, kemudian masukkan gula, asam jawa, garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak.

3) Masukkan sotong, bawang besar dan terus kacau lagi sehingga semua bahan. menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api. 
Sotong ni akan keluarkan air, jadi tak perlu tambah air untuk kuah lebih. Sambal mesti cukup semua rasa.

RESIPI NASI DAGANG


RESIPI NASI DAGANG

Bahan-bahan:

1 kilo beras (direndam, dicuci dan ditoskan)
3 cawan santan cair
2 sudu teh halba
1 inci halia (dihiris nipis)
10 ulas bawang merah (dihiris nipis)
2 sdt gula
1 sdt garam

Caranya:

1. Masukkan beras yang dicuci bersih ke dalam pengukus yang telah dipanaskan. Kukus beras tersebut selama 30 minit.

2. Pindahkan ke dalam mangkuk besar, masukkan santan dan gaulkan ia. Kemudian dikukus lagi selama 30 minit.

3. Pindahkan lagi ke dalam mangkuk dan tambah halba, halia, bawang, gula serta garam. Teruskan lagi mengukus selama 20 minit.

4. Bila dah masak barulah di angkat untuk dihidangkan.


Kari ikan tongkol:

4 sudu minyak masak
3 cawan santan
2 keping asam gelugur
350 gm ikan tongkol (dipotong menjadi keping)
1 tangkai cili hijau (dibelah dua)
1 tangkai cili merah (dibelah dua)
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Pes rempah:
10 ulas bawang merah
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
3 sudu besar cili kisar

Caranya:

1. Kisar bahan-bahan pes rempah hingga halus.

2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan rempah hingga wangi. Tambah santan serta asam gelugur dan renehkan sebentar.

3. Masukkan ikan. Biarkan sekejap dan perasakan garam serta gula. Tambah cili dan renehkan selama 5 minit atau sehingga masak.


Acar timun:
100 gm timun
100 gm lobak merah
100 gm cili merah dan cili hijau
50 gm bawang besar
60 ml cuka
gula secukup rasa
garam secukup rasa

Caranya:

1. Timun dipotong 2 inci dan buang biji di tengahnya. Mayang halus seperti batang mancis.

2. Lobak merah, cili merah serta cili hijau dihiris seperti timun juga.

3. Bawang besar dibelah 2 dan dihiris halus.

4. Rendamkan bahan hirisan tersebut ke
dalam air kapur selama 30 minit. Kemudian cuci bersih dan toskan. Biarkan sehingga ia kering.

5. Gaulkan, gula, garam dan cuka hingga sebati.

6. Kemudian hidangkan bersama nasi.

Resipi Sandwich Daging Black Pepper


BAHAN-BAHAN UTAMA:
Roti sandwich
Keju keping
Mayonaise
Daun salad
Timun - dipotong nipis
Tomato - dipotong nipis

BAHAN INTI:
2 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dicincang halus
½ biji lada benggala - dicincang halus
5 batang cendawan - dihiris halus
400gm daging cincang
150gm sos lada hitam.
3 biji cili padi - ditumbuk halus

CARA PENYEDIAAN:

Tumis bawang besar, bawang putih, lada benggala, cendawan dan daging. Masak sehingga daging separuh masak.

Masukkan sos lada hitam, cili padi yang dihiris dan garam secukup rasa. Masak sehingga kelihatan seperti pecah minyak. Tutup api.

Apabila daging sejuk, barulah ambil roti sandwic, letakkan daun salad, kepingan keju, daging yang dimasak tadi, mayones, timun dan tomato. 

Sedia untuk dinikmati
Related Posts with Thumbnails