Resepi Telur Scramble + Bawang Karamel
Resepi Telur Scramble + Bawang Karamel
Telur scramble dan bawang karamel sedap dimakan dengan roti untuk sarapan pagi.
Resepi Telur Scramble
1 sudu mentega/marjerin/minyak masak
1 biji telur
Secubit garam dan sedikit serbuk lada sulah/hitam
Panaskan mentega/marjerin/minyak masak.
Masukkan telur, kacau-kacau hingga masak.
Masukkan garam dan serbuk lada sulah/hitam secukup rasa.
Kacau rata.
Siap.
Resepi Bawang Karamel
1 sudu mentega/marjerin/minyak masak
1 labu bawang Holland / bawang besar - hiris bulat
Secubit garam/ kicap lemak manis
1 sudu kecil gula (jika suka)
Air
Panaskan mentega/marjerin/minyak masak.
Masukkan bawang. Kacau-kacau hingga layu.
Tambah air sedikit demi sedikit untuk elak hangus.
Masak hingga bawang menjadi kecoklatan.
Masukkan garam/kicap & gula secukup rasa
Kacau rata.
Siap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment