Resepi Kek Keju Gebu
~ Japanese CheeseCake ~
Bahan-bahan
Sukatan di bawah adalah untuk 2 biji kek menggunakan loyang bulat saiz 6".
Bahagian A
- 360g cream cheese
- 150ml susu
- 3 sudu gula
- 4 biji kuning telur
- 5 sudu tepung kek
- 5 sudu tepung jagung
Bahagian B
- 4 biji putih telur
- 8 sudu gula
Cara Penyediaan
Griskan permukaan daam loyang dengan mentega dan lapikkan dengan kertas minyak.
Ketepikan.
Bahagian A
- Satukan cream cheese, susu dan gula. Cairkan dengan kaedah double boil. Kacau sehingga sebati.
- Keluarkan dari doubble boil. Masukkan telur kuning. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan tepung kek diayak bersama tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga habis sambil dikacau sehingga sebati. Ketepikan.
- Pukul putih telur sehingga bertukar warna menjadi putih.
- Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga habis sambil dipukul. Terus pukul sehingga adunan menjadi tebal, ringan dan gebu.
- Masukkan adunan dari bahagian A ke dalam adunan bahagian B. Gaul dengan spatula atau pengacau perlahan-lahan sehingga bersatu.
- Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disediakan awal tadi.
- Panaskan oven pada suhu 130°C
- Bakar kek dengan kaedah "waterbath". Masukkan loyang ke ke dalam dulang pembakar yang besar (muat masuk oven), tuang air panas ke dalam dulang pembakar tersebut sehingga separuh tinggi.
- Masukkan dulang pembakar ke dalam oven. Bakar pada suhu 130°C selama 30 minit. Kemudian tinggikan suhu ke 150°C selama 60 minit.
- Setelah masak, biarkan seketika dalam oven selama 15 minit sebelum dikeluarkan.
- Keluarkan daripada oven, perlahan-lahan keluarkan kek dari loyang dan sejukkan atas rak besi.
- Biarkan kek sejuk pada suhu bilik. Boleh dihidang terus atau disimpan dahulu dalam petisejuk semalaman.
- Tabur serbuk gula untuk hiasan. Sedia untuk dihidangkan.
~ TIPS ~
- Simpan kek dalam bekas bertutup dalam peti sejuk boleh tahan selama 3 hari.
- Simpan kek dalam bekas bertutup dalam peti sejuk beku boleh tahan selama 3 bulan.
- Jangan pukul adunan seteah bahagian A dan bahagian B dicampur. Cukup sekadar gaul sehingga bersatu.
- Jangan bakar pada suhu tinggi, kek akan jadi bantat atau merekah.
Selamat Mencuba :-)
Sumber :
No comments:
Post a Comment