Resepi Siew Mai Dim Sum


Resepi Siew Mai Dim Sum
Bahan-bahan:
15 keping kulit wantan kuning
100 gram isi ayam - dikisar
5 gram biji sago merah
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
 
Cara Penyediaan:
 
Gaulkan isi ayam bersama serbuk perasa, garam dan gula secukup rasa sehingga mesra. Rehatkan adunan di dalam peti sejuk selama sejam.
Selepas itu, isikan adunan tadi ke dalam kulit wantan dan kemaskan di sisinya. Letakkan biji sago merah di atasnya dan kukus selama 10 minit.
Sediauntuk di makan. Enak dimakan bersama kicap pedas.

No comments:

Related Posts with Thumbnails