Resepi Ayam Goreng Tiram

Bahan-bahan (untuk 2-6 orang):

- 6 ketul kepak ayam (bersihkan, kerat 2 & kelar-kelar)
- 2 sudu sos tiram
- 2 sudu kicap manis
- 1 sudu garam halus
- 1/2 sudu serbuk kunyit
- 1 sudu gula
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 1/2 inci halia
- 1 sudu ladahitam - ditumbuk kasar
- 1 sudu minyak bijan (jika suka)
- Minyak untuk goreng terendam

Cara Penyediaan:

Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia hingga halus. 
Masukkan ayam ke dalam mangkuk. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak untuk goreng. Gaul hingga mesra dan perap sekurang-kurangnya selama 1 jam.
Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap sehingga masak sempurna. Anggaran selama 10 minit atas api sederhana.

Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama nasi.

Jom singgah:
- Koleksi Kain Ela http://www.kedaikainonline.com/
- Koleksi Jubah Terkinihttp://koleksijubah.blogspot.com/
- Koleksi Baju Fesyen Terkini http://kedaibajufesyen.blogspot.com/

No comments:

Related Posts with Thumbnails