Resepi Daging Bakar Madu


Resepi Daging Bakar Madu


Bahan-bahan:

1kg daging batang pinang
5 sudu besar madu
15 biji bawang merah
1 labu bawang putih
2cm halia
2cm kunyit hidup
15 tangkai cili kering
10 batang serai
1 sudu kecil garam
2 cawan gula pasir
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
Sedikit air untuk kisar

Cara penyediaan:

Kisar kesemua bahan kecuali daging dan madu.
Potong daging dalam anggaran 2 inci tebal, bersih dan tos kan air.
Gaulkan daging bersama semua bahan yang telah dikisar di dalam mangkuk hingga mesra.
Masukkan madu dan gaul lagi hingga mesra.
Perap di dalam peti sejuk semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam.
Panaskan kuali non-stick atas api perlahan. Bakar daging yang telah diperap sehingga daging empuk dan masak. Bakar hingga garing jika suka.

Enak dimakan begitu sahaja.


Jom singgah:
- Koleksi Kain Ela http://www.kedaikainonline.com/
- Koleksi Jubah Terkini http://koleksijubah.blogspot.com/
- Koleksi Jubah Timur Tengah http://jubahcotton.blogspot.com/
- Koleksi Baju Fesyen Terkini http://kedaibajufesyen.blogspot.com/

No comments:

Related Posts with Thumbnails