Resepi Ikan Bawal Masak Tauchu

Resepi Ikan Bawal Masak Tauchu


Bahan-bahan

1 ekor ikan bawal seberat anggaran 600 g
Garam dan serbuk kunyit secukupnya untuk goreng ikan.
10 tangkai cili hijau - belah dua
4 sudu besar tauchu
2 ulas bawang putih - hiris halus
2 biji bawang besar - potong bulat-bulat
Sedikit halia - hiris halus
Sedikit asam jawa
Air secukupnya
Garam secukup rasa.
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara Penyediaan:

1. Ikan dibersihkan dan dipotong dua atau ikut suka. Lumur ikan dengan garam dan kunyit.
2. Goreng ikan sehingga garing. Setelah ikan masak, angkat dan ketepikan.
3. Di dalam kuali yang sama, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis hingga kekuningan.
4. Selepas itu masukkan tauchu dan kacau buat seketika. Kemudian masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa.
6. Apabila mendidih bolehlah diangkat dan dituangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi.

Selamat mencuba.

Jom singgah:
- Koleksi Kain Ela http://www.kedaikainonline.com/
- Koleksi Jubah Terkinihttp://koleksijubah.blogspot.com/
- Koleksi Baju Fesyen Terkini http://kedaibajufesyen.blogspot.com/

No comments:

Related Posts with Thumbnails