Resepi Air Kacang Soya



Bahan-bahan :

100 gram kacang soya
1 liter air
1 helai daun pandan – ikat simpul
½ sudu teh garam (untuk naik rasa lemak)6 sudu gula - atau ikut citarasa

Cara Penyediaan :

Basuh kacang soya dengan air bersih dan rendam sehingga kembang.
Lebih mudah rendam semalaman atau  selama 4 jam.
Pastikan paras air rendaman lebih tinggi daripada paras kacang soya.

Tos air rendamana kacang soya.
Kisar kacang soya sedikit-sedikit demi sedikit bersama air.
Tapi air kacang soya menggunakan penapis kain.
Masukkan air perahan ke dalam periuk.

Masukkan daun pandan, garam dan gula ke dalam periuk.
Kacau perlahan-lahan dan masak sehingga mendidih.

Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Boleh diminum panas-panas atau disejukkan dahulu .

Selamat mencuba.

Nota:
Nisbah kacang soya dan air :
100g kacang soya - 1 liter air


1 comment:

mr. mama said...

sejuk tekak tgk air tu....mr.mama follow n add link

Related Posts with Thumbnails