Bahan-bahan:
20 cawan air
15 gram Agar-agar
5 cawan Susu tepung
½ cawan Tepung kastard / tepung jagung
Perisa Mengikut selera(jika suka)
Gula Secukup rasa
Buah-buahan seperti strawberi, laici dan peach (jika suka)
Cara penyediaan:
Masak air hingga mendidih dan bahagikan kepada 3 bahagian.
Bahagian pertama bancuh susu tepung dan tepung sehingga larut.
Bahagian kedua larutkan gula dan perasa.
Bahagian ketiga larutkan agar-agar.
Satukan ketiga-tiga bahagian dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih.
Setelah mendidih agihkan ke dalam cawan-cawan dan sejukkan. Masukkan ke dalam peti ais jika suka.
Cadangan Hidangan:
Hidangkan dadih dengan buah-buahan.
Berminat untuk menjana pendapatan sampingan atau sepenuh masa dengan dadih?
Dapatkan rahsia resepi dadih untuk perniagaan dan cara pemasaran dari ebook "Rahsia Dadih: Kegemaran & Pendapatan"
1 comment:
sedapnya dadih ni.... terliur tgk time2 tgh posa nih
Post a Comment