Resepi Gula-gula Jagung



Resepi Gula-gula Jagung
(Candy Corn Recipe - Click here for English)

Bahan-bahan:

8 ounce miniature marshmallow
2 sudu makan air
1 pound serbuk gula, tambahan untuk tabur
Beberapa titik pewarna kuning dan oren


Penyediaan:

Masukkan marshmallow dan air dia dalam mangkuk tahan panas. Masukkan ke dalam microwave pada kepanasan tinggi selama 1 minit atau sehingga marshmallow menjadi kembang dan gebu.

Jika masih ada marshmallow yang tidak cair, masukkan semula ke dalam microwave dan panaskan selama 30-45 saat sehingga cair sepenuhnya. Kacau marshmallow yang telah dipanaskan tadi sehingga larut dan dan tidak berketul-ketul.

Masukkan serbuk gula ke dalam adunan marshmallow . kacau sehingga gula bersatu dengan marshmallow dan menjadi kental sehingga tidak boleh dikacau lagi.

Tabur permukaan meja dengan serbuk gula. Keluarkan adunan marshmallow ke atas meja. Lumur tangan anda dengan serbuk gula. Uli adunan dengan tangan sehingga menjadi doh berbentuk bola yang sekata dan tidak melekit. Tambah taburan serbuk gula jika perlu tapi jangan terlalu banyak sehingga adunan menjadi keras.

Apabila adunan menjadi sekata dan membentuk bola, bahagikan adunan kepada 3 bebola yang sama besar. Warnakan satu bola dengan warna kuning, satu bola warna oren dan satu bola tidak perlu diwarna.

Setelah warnakan bola-bola dengan sempurna, gelek bola-bola itu satu persatu memanjang di atas meja yang ditaburkan serbuk gula dengan menggunakan pengelek kayu yang juga dilumurkan serbuk gula. Pastikan setiap bola digelek sama panjang, sama lebar dan sama tebal. Anggaran ketebalan 1 cm.

Lekatkan ketiga-tiga keping adunan secara bertindan dengan susunan putih, oren dan kuning. Jika kepinagn tidak melekat kerana terlalu banyak serbuk gula, lembapkan permukaan kepingan untuk lekat dengan berus kek.

Setelah kepingan melekat, taburkan serbuk gula dan gelek pada permukaan pada bahagian atas untuk memastikan setiap kepingan betul-betul melekat.

Potong kepingan 3 warna itu dengan pisau tajam membentuk segitiga seperti dalam gambar di atas sehingga selesai.

Simpan gula-gula jagung ke dalam bekas kedap udara.

1 comment:

rose_euforia said...

bagus resepi ni untuk anak anak...boleh cuba, tq!

Related Posts with Thumbnails