
Resepi Teh Berempah
(Spiced Tea Recipe - click here for English)
Bahan-bahan:
4 cawan air panas (mendidih)
1 sudu teh serbuk teh
4 buah pelaga - tumbuk sedikit
1 batang kecil kulit kayu manis
Secubit serbuk kunyit
2 sudu makan kepingan badam nipis
Gula secukup rasa
Cara penyediaan:
1. Rendam teh ke dalam air panas selama 5 minit.
2. Masukkan kesemua bahan rempah.
3. Setiap cawan yang mahu disajikan, masukkan 1 sudu teh kepingan badam.
4. Tuang teh ke dalam setiap cawan dan masukkan gula secukup rasa.
Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment