Resepi Puding Telur dan Roti
Bahan-bahan:
150 gram kismis
120 gram gula pasir
100 gram mentega
10 keping roti sandwich
5 biji telur ayam
1 tin susu cair
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
Untuk sos-
80 gram gula pasir
3 biji kuning telur
1 cawan susu cair
½ sudu kecil esen vanilla
Cara penyediaan:
Masukkan telur, susu cair dan gula di dalam mangkuk. Kacau hingga rata.
Masukkan mentega dan kacau lagi hingga sebati.
Rendamkan roti dalam bancuhan hingga kembang.
Susun roti di atas dulang pembakar. Tabur sedikit kulit kayu manis dan kismis.
Tuang lebihan bancuhan telur di atas roti. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 45 minit.
Hias dengan telur kuning di atas puding. Telur ini diletakkan semasa puding di dalam ketuhar.
Hidangkan bersama sos.
Untuk sos-
Pukul kuning telur bersama gula hingga kembang.
Panaskan susu cair hingga separuh mendidih.
Tuang susu sedikit demi sedikit ke dalam adunan kuning telur tadi.
Masukkan esen vanilla.
Masak semula sehingga pekat berkrim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment