Resepi kuih cakar ayam
Bahan-bahan:
½ kg keledek, kupas kulit
1 sudu kecil kapur makan
300 gram gula merah
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara penyediaan:
Bersihkan keledek dan sagat halus memanjang.
Rendamkan ke dalam air kapur selama sejam.
Tos hingga kering dan goreng. Angkat dan toskan minyaknya.
Ambil kuali lain, masukkan gula merah dan air. Masak gula merah hingga larut sepenuhnya.
Masukkan keledek goreng ke dalam gula merah. Gaul rata.
Cepat-cepat angkat dan masukkan ke dalam acuan bulat.
Tekan kuat-kuat hingga mampat. Sejukkan.
Apabila sudah sejuk, simpan kuih karas ke dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan kuih menjadi lemau atau masuk angin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment